Thursday, July 30, 2009

Majlis Persaraan Pn. Hjh Marshitah

24 Julai 2009 telah berlangsungnya Majlis Persaraan Pn. Hjh Marshitah yang telah genap berkhidmat selama 34 tahun. Majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Berikut petikan skrip vidoe Majlis Persaraan :-

Tanggal 26 Julai 1954 Dalam keheningan bayu yang sepi , rumah guru Sk Kebangsaan Abdullah , Kuantan , menjadi saksi tempat tumpah darah seorang insane Pn. Hjh Marshitah bt. Abdul Rahman yang terus dibelai dengan limpahan kasih sayang sari seorang pendidik yang berjiwa merdeka.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dan memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Pasar Road , Kuala Lumpur dan disebabkan tugas dan tanggungjawab keluarga dalam bidang pendidikan , beliau perpindah pula ke Sk Teruntum , Kuntan.

Berakhir sahaja prndidikan diperingkat rendah , beliau menyambung pembelajaran diperingkat menengah di Sekolah Menengah Jalan Gambut yang dikenali sebagai Methodist Girl School Kuantan.

Tuah ayam nampak di kaki , tuah orang mendapat rezeki , selepas peperiksaan SPM , beliau telah ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka pada tahun 1975. Bagi anak darah pendidik ini , tiada kata seindah bahasa utk mengungkapkan kegembiraan dan kesyukuran dapat meneruskan warisan pendidik anak bangsa sebagaimana ayahandanya.

Alam pekerjaan sememangnya dinanti-nantikan. Episod pertama sebagai penjawat awam bermula sebagai guru penolong pada tahun 1976. Penempatan pertama di SK Teruntum , Kuantan yang pernah berjasa kepada beliau sewaktu bergelar murid suatu masa dahulu.
Adat resam dunia pendidikan , pada tahun 1981 beliau berpindah pula ke SK Assunta , Kuantan dan berkhidmat selama 2 bulan sahaja , kerana selepas itu beliau terus berpindah ke SK Bukit Sekilau , Kuantan. Hampir 17 tahun berkhidmat di Sk Bukit Sekilau sudah tentu banyak pengalaman pahit manis beliau sebagai seorang pendidik ketika berada di sana.
Dalam kerjaya pendidikan , pertukaran tugas adalah perkara biasa , pada tahun 1998 beliau berpindah pula ke SK SEmambu , Kuantan. Sehingga kini , lebih 10 tahun Pn. Hjh. Marshitah bt. Abd Rahman dan telah tersurat berakhirnya dunia pendidikan beliau di sekolah ini.

Setelah suku abad merintis jalan ,
Menabur budi , menyemai bakti ,
Episod perjuangan dan perkhidmatan beliau berakhir di bumi Semambu ini.
Benarlah bagai di kata
Kasih mana orang baru
Kasih lagi orang lama
Sedih mana orang yang pergi
Sedih lagi kami yang ditinggalkan.

Akhir kata penutup bicara....
Walau perjuangan noktah disini
Sejambak kenangan mekar abadi
Semoga Allah sentiasa rahmati
Alam persaraan bahagia dilalui.

Salam kemaafan dari kami...SELAMAT BERSARA

1 comment:

  1. puan marshitah...
    my beloved teacher..
    sangat2 membantu pembangunan bi ku~~
    selamat bersara untuk beliau~~^_^

    ReplyDelete